Saturday, April 10, 2010

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MODEL KONSTRUKTIVISME


Tingkatan : 2 Bitara

Bil.Pelajar : 30 orang

Tarikh : 26 Mac 2010 (Jumaat)

Masa : 40 Minit

Tajuk : Iklan

Bidang : Interpersonal

Hasil Pembelajaran

Huraian Hasil Pembelajaran

HPU

5.0 Memujuk untuk mempengaruhi pihak lain untuk melakukan sesuatu sesuatu

HPK

5.3 Merayu dengan menggunakan strategi yang berkesan untuk memujuk pihak lain.

Aras 3 (ii)

Menggunakan gaya pengucapan yang sesuai untuk memenangi hati pihak lain.

Objektif Hasil Pembelajaran :

Pada akhir pelajaran, murid dapat :

i) Menyatakan sekurang-kurangnya dua alasan munasabah mengenai kekurangan iklan yang dipertontonkan.

ii) Melakonkan semula iklan tersebut menggunakan gaya pengucapan yang sesuai.

iii) Menyatakan peribahasa yang berkaitan dengan iklan yang dilakonkan.

Pengetahuan/Kemahiran Sedia Ada

  • Murid telah diajar mengenai karangan jenis perbahasan pada pembelajaran yang lepas.

Penyerapan

  • Nilai Murni : Bekerjasama, keberanian dan kerajinan.
  • Ilmu : Perniagaan

· KBKK : Menjana Idea – menghasilkan satu idea baru bagi mempromosikan produk.

Penggabungjalinan

· HHP : 5.1 Aras 1 (ii)

Berbicara dan merayu dengan menggunakan kata, ungkapan, dan ayat yang dapat memberikan kesan memujuk untuk mendapatkan sesuatu.

· Laras Bahasa : Laras Pemujukan

Fasa, Objektif Fasa dan Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Alat/KBT/KBKK/Nilai

Induksi Set (3 Minit)

· Menarik minat pelajar

· Menghadirkan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

· Menimbulkan perasaan ingin tahu dan

· Menarik minat pelajar

· Guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai video yang ditayangkan.

· Pelajar memberi pendapat mereka.

BBM

· Video

Nilai

· Berani

· Kejujuran

Fasa 1 : Orientasi (5 Minit)

· Menetapkan hala tuju pembelajaran

· Guru menyatakan hala tuju pelajaran hari ini.

- Apa itu iklan?

- Ciri-ciri iklan

· Guru melekatkan isi penting pada papan putih.

BBM

· Kad manila

· Pen marker

· Papan putih

Nilai

· Rasional

· Kejujuran

Fasa 2 : Pencetusan Idea

( 5 Minit)

· Pelajar bertukar-tukar pengalaman dan menambah pengetahuan sedia ada

· Pelajar memberi pendapat mengenai iklan-iklan yang pernah ditonton.

· Guru bersoal jawab dengan pelajar bagi mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar.

KBT

· Pembelajaran berdasarkan pengalaman.

Nilai

· Rasional

· Kejujuran

Fasa 3 : Penstrukturan Semula ( 10 Minit)

· Menyusun Semula Pengetahuan hasil percampuran idea lama dengan idea baharu

· Membentuk skema pengalaman yang baharu

· Guru memberikan bahan aktiviti beserta kad arahan.

· Pelajar berbincang dalam kumpulan mengenai iklan yang akan dihasilkan.

BBM

· Baju, minuman ringan dan syampu.

· Kad arahan

Nilai

· Bekerjasama

· Hormat-menghormati

Fasa 4 : Aplikasi Idea

( 10 Minit)

· Melaksanakan tugas dalam situasi sebenar.

· Pelajar menggunakan laras bahasa pemujukan dalam persembahan.

· Pelajar mempersembahkan lakonan berkaitan iklan yang dicadangkan.

· Guru memantau setiap persembahan pelajar.

BBM

· Baju, minuman ringan dan syampu.

KBT

· Mempersembahkan idea mengikut kreativiti.

Nilai

· Kerjasama

· Keberanian

· Rasional

Fasa 5 : Refleksi ( 5 Minit)

· Membuat penilaian terhadap kesahihan maklumat/kemahiran yang diperoleh.

· Guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai kepentingan iklan kepada pengguna.

· Pelajar diminta menyalin isi penting ke dalam borang rubrik yang disediakan.

BBM

· Borang Rubrik

· Papan putih

· Pen marker

Nilai

· Rasional

KBKK

· Menilai

Penutup ( 2 Minit)

· Merumus terhadap isi pelajaran yang diajarkan.

· Menghubungkaitkan pelajaran hari dengan pelajaran akan datang.

· Guru merumuskan pembelajaran dengan mengemukakan soalan kepada pelajar.

- Apakah yang kamu faham daripada aktiviti yang telah dilakukan pada hari ini?

- Mengapakan tajuk ini penting?

· Guru memberikan tugasan sebagai pengukuhan.

Nilai

· Kerajinan

· Menghormati arahan guru

Thursday, October 29, 2009

LAWAK KING...

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.