Thursday, August 20, 2009

Raja Ali Haji seorang pujangga..

Menurut Mohd Taib Osman dalam kajiannya menyatakan bahawa Raja Ali Haji rupanya bukan sahaja seorang ahli sejarah malahan beliau adalah pujangga order lama. Beliau bukan sahaja penulis dan ahli sejarah tetapi seorang yang telah memberikan dorongan intelektual kepada istana yang merupakan tempat beliau berkhidmat. Raja Ali Haji melalui karya-karyanya masih lagi menunjukkan tanda-tanda sebagai pujangga corak tradisional di istana feudal Melayu lama. Dalam masa yang sama beliau juga memaparkan naluri ke arah pandangan dunia dan etos jenis baharu. Selain menghasilkan karya Tuhfat al-Nafis dan Silsilah Melayu dan Bugis, beliau telah meninggalkan kepada generasi selepasnya satu kumpulan karya yang bercorak puisi, syair dan gurindam dan dua buah karya tentang bahasa Melayu. Karya tersebut adalah Kitab Pengetahuan Bahasa dan Bustan ul-Katibin. Terdapat juga keterangan tentang sebuah buku berkenaan akhlak dan sopan-santun dalam Kitab Pengetahuan Bahasanya.

Nama penuh Raja Ali Haji ialah Raja Ali bin Raja Ahmad yang merupakan seorang anggota istana diraja Riau.Beliau ialah cucu kepada Raja Haji,Marhum Teluk Ketapang yang meninggal dunia ketika menyerang Belanda di Melaka.Keturunannya disusurgalurkan lagi sehingga kepada Daeng Cellak seorang daripada Pahlawan Bugis yang menguasai bahagian Barat alam Melayu pada abad ke-18.

Dalam Tuhfat al-Nafis, Raja Ali Haji telah merujuk dan menggunakan urutan-urutan masa yang berlainan berdasarkan sumber-sumber yang berbeza.Pandangan-pandangan peribadi dalam karya-karya sejarah belaiau memang menarik.Contohnya, dalam mengisahkan Sultan Mahmud di Lingga sehingga baginda disingkirkan oleh Belanda. Beliau mementingkan keobjektifan yang jelas dalam setiap penulisan.

Diakui Raja Ali Haji merupakan seorang ahli sejarah dan seorang penulis. dalam hal ini. Beliau muncul sebagai tokoh pujangga bercorak klasik.

SEKIAN...

0 comments: